BM | EN
Berita Semasa

Kunjungan Hormat Unit Mesra Agensi Air Selangor ke JKR Negeri Selangor

Kunjungan Hormat Unit Mesra Agensi Air Selangor ke JKR Negeri Selangor

12 Ogos 2026 – Telah berlangsung sesi kunjungan hormat Unit Mesra Agensi Air Selangor Ke JKR Negeri Selangor. Sesi kunjungan yang diketuai oleh Ir. Ainul Azhar Mohd Jemoner , Head of Planning & Capital Works Air Selangor bersama pegawai – pegawai Kanan Air Selangor telah disambut oleh Ir. Hj. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Negeri Selangor.
 
Sesi kunjungan ini turut dihadiri oleh Ketua – Ketua Bahagian dan Jurutera – Jurutera Daerah serta pegawai – pegawai dari JKR Negeri Selangor dan JKR Daerah.

Dalam sesi ini turut membincangkan penyelarasan keperluan serta proses kelulusan bekalan air bagi projek-projek kerajaan di bawah seliaan JKR Selangor, di samping memperkemas saluran komunikasi dan penyelesaian isu secara lebih pantas dan berkesan.
 
Semoga kerjasama erat ini dapat menyokong kelancaran pelaksanaan projek kerajaan demi manfaat dan kesejahteraan rakyat.
Skip to content