JKR NEGERI SELANGOR DINOBATKAN PENERIMA ANUGERAH KHAS YB MENTERI KERJA RAYA
Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas YB Menteri Kerja Raya sempena Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia Tahun 2026. Anugerah berprestij ini diberikan kepada pejabat JKR yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam Anugerah Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Dalam majlis yang sama, JKR Negeri Selangor turut meraih beberapa anugerah lain, iaitu:
1. Johan Anugerah Pembinaan Terbaik – JKR Daerah Petaling
2. Tempat Ketiga Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik – JKR Daerah Hulu Langat
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga JKR Negeri Selangor atas kejayaan cemerlang ini!
Komitmen tinggi, semangat kerja berpasukan serta dedikasi yang tidak berbelah bahagi terus membuahkan hasil yang membanggakan. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan organisasi, malah menjadi inspirasi untuk terus melakar prestasi yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Terus maju jaya dan kekalkan momentum kecemerlangan!