BM | EN
Berita Semasa

Majlis Pelancaran Pelan Strategik Jalan dan Lebuh Raya Selangor 2026 – 2035 (Jalur Selangor)

MAJLIS PELANCARAN PELAN STRATEGIK JALAN DAN LEBUH RAYA SELANGOR 2026 – 2035 (JALUR SELANGOR)

30 September 2026 – Telah berlangsung Majlis Pelancaran Pelan Strategik Jalan Dan Lebuhraya Selangor 2026 – 2035 (JALUR Selangor) yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah, Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Mohamad Onn bin Abd. Aziz, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Yang Berhormat Dato’ Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Yang Berhormat Dato’ Ir. Izham bin Hashim, Exco Infrastruktur & Pertanian, Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han, Exco Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti, YBhg. Dato’ Amirul Azizan bin Abd. Rahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) serta pegawai-pegawai kanan Agensi Kerajaan Negeri Selangor, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Kementerian Kerja Raya Malaysia, dan Jurutera-Jurutera Daerah JKR.

Pelan Strategik Jalan dan Lebuh Raya Selangor 2026 – 2035 (JALUR Selangor) merupakan satu pelan strategik yang disediakan dalam pengurusan lalu lintas pada waktu puncak pagi dan petang di Selangor. JALUR Selangor ini telah dirangka berdasarkan maklumat lalu lintas serta unjurannya sehingga tahun 2035. JALUR Selangor dibangunkan dengan mengambil kira pembangunan model trafik tahun semasa 2025 yang diunjurkan sehingga tahun 2035 berdasarkan corak pertumbuhan lalu lintas dan pembangunan komited masa hadapan.

Terdapat 115 Cadangan Projek Strategik Menyokong Zon Pembangunan Utama Sehingga tahun 2035, JALUR Selangor menetapkan 115 cadangan strategik, yang merangkumi, 35 cadangan Pembinaan Missing Link dengan Membina jalan dan lebuh raya baharu bagi menyambung jajaran terputus dan mengoptimumkan penyuraian trafik, 64 cadangan Penaiktarafan Jalan Raya bagi Memperluas kapasiti lorong bagi mengekalkan Tahap Perkhidmatan Jalan (LOS) yang memuaskan dan 16 cadangan Penaiktarafan Persimpangan Utama: Pembinaan jejambat (flyover) dan elevated ramps di persimpangan kritikal.
 
Berdasarkan unjuran lalu lintas 2035, JALUR Selangor akan menentukan keperluan jalan dan persimpangan utama sedia ada yang perlu dinaik taraf, serta pembinaan jalan baharu iaitu ‘missing link’ yang diperlukan bagi melengkapkan fungsi jalan di Selangor agar penyuraian aliran trafik adalah lebih berkesan.
 
Justeru itu, Pelan ini menyokong sasaran Rancangan Selangor Kedua (RS-2) untuk memacu Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang mencapai nilai ekonomi RM500 bilion, di samping memenuhi keperluan keterhubungan populasi 7.5 juta rakyat menerusi prinsip “No District Will Be Left Behind”.
Skip to content