Telah dilihat : 405 kali

SEJARAH JKR KUALA LANGAT


JKR Malaysia ditubuhkan sejak 1872 oleh pemerintah British. Di Daerah Kuala Langat JKR dahulunya dikenali sebagai PWD Kuala Langat/Sepang. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957, PWD Kuala Langat dipisahkan dari Sepang. Maka sejak itu PWD Kuala Langat berurusan di pejabat sendiri di bangunan asal yang boleh dikategorikan sebagai bangunan antik kerana dibina sebelum merdeka dan menggunakan bahan utama dari kayu. Bangunan berkenaan masih kekal dan masih berfungsi hingga sekarang walaupun ia digunakan oleh Syabas.Pada tahun 1985 apabila Jabatan Bekalan Air Selangor dipisahkan dari JKR dan JKR Kuala Langat pula mendapat bangunan baru, maka JKR Kuala Langat telah berpindah ke bangunan baru yang ada sehinggalah sekarang. Bangunan JKR Kuala Langat yang ada kita duduki sekarang sudah berusia 30 tahun dan masih kukuh.

Kalender

Hubungi Kami

Pejabat Jurutera Daerah ,
Jabatan Kerja Raya Kuala Langat,
Telok Datok,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.

 

Telephone:03-3187 1025
Fax: 03-3187 2030
Email: kualalangat@jkr.gov.my

Maklumat

Jumlah Pelawat :   dgGEREg