Skip to content
Telah dilihat : 591 kali

Piagam Pelanggan Jabatan Kerja Raya

Piagam Pelanggan Jabatan Kerja Raya

  1. PENGURUSAN PROJEK

    • Fasa Prapembinaan
      Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak bina, peruntukan yang mencukupi dan skop projek yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM, fasa prapembinaan (perancangan hingga Surat Setuju Terima dikeluarkan) adalah dalam tempoh 12 hingga 15 bulan.
    •  

    • Fasa Pembinaan
      Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak bina,peruntukan yang mencukupi dan brif projek yang lengkap,tempoh pembinaan yang akan diambil adalah seperti berikut:


  2. Selenggara Aset

    • Jalan
      Pembaikan lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan tidak melebihi 1 hari setelah aduan diterima.
      Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok-pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil tidak melebihi 24 jam setelah dikenalpasti atau aduan diterima.
      Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan
      Pembaikan lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan tidak melebihi 1 hari setelah aduan diterima.
      Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok-pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil tidak melebihi 24 jam setelah dikenalpasti atau aduan diterima.
      Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan
    •  

    • Bangunan
      Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air,bumbung atau sistem kumbahan akan diambil tindakan dalam masa 1 hari.
      Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 1 bulan.
    •  

    • Mekanikal
      Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:
      • Tindakan aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal 1 hari.
      •  Kerja pembaikan besar (major overhaul) kenderaan dan loji berat 4 bulan.
      • Kerja pembaikan kecil kenderaan dan loji berat 1 bulan.
      • Penggantian chiller 1 tahun.
      • Penggantian lif 1 tahun.
      • Menaik taraf pencegah kebakaran kepada sistem perlindungan jenis sprinkler 10 bulan.
    •  

    • Elektrik
      Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja elektrik berikut adalah:
      • Untuk kerosakan yang biasa 1 hari.
      • Untuk kerosakan yang rumit 7 hari.

         
  3.  KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

    • Kejuruteraan Cerun
      Tindakan yang diambil apabila berlakunya:
      •  Runtuhan cerun berskala besar
        Lawatan tapak hendaklah dibuat dalam tempoh 1 hari dari hari kejadian.
        Laporan awal disediakan dala mtempoh 3 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak.
      • Runtuhan cerun berskala kecil
        Syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh berikut:
        Keadaan yang memerlukan penyiasatan tanah - 1 bulan selepas laporan penyiasatan tapak diperoleh.
        Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tapak -  2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
      • Ulasan teknikal ke atas Laporan Geoteknikal daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disediakan dalam tempoh satu 1 minggu selepas lawatan dibuat.
    •  

    • Kejuruteraan Senggara
      Keputusan kelulusan pelupusan aset kerajaan diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan pengesyoran lengkap diterima.
      Mengemukakan ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 2 minggu selepas dokumen permohonan lengkap diterima.
    •  

    • Kejuruteraan Forensik
      • Bagi kerja-kerja forensik struktur, geoteknik dan jalan :
        Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal bagi kegagalan berimpak besar disediakan dalam tempoh 5 hari bekerja dan berimpak kecil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
        Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima.
      • Bagi kerja-kerja forensik maritim dan lapangan terbang
        Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal berimpak besar dan berimpak kecil disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak.
        Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dam pemantuan diterima.

         
  4. PENGURUSAN ADUAN

    • Pengurusan Aduan di Bawah Tanggungjawab JKR
      Akuan penerimaan aduan 1   hingga 3 hari.
      Maklumbalas terhadap aduan 7 hari.
      Penutupan aduan 2 bulan.
    •  

    • Pengurusan Aduan Bukan di Bawah Tanggungjawab JKR (No Wrong Door Policy)
      Tempoh tindakan diambil.
      Akuan penerimaan aduan 1 hingga 3 hari.
      Maklum balas aduan7 hari.

       
  5. PENGURUSAN KEWANGAN

    • Memastikan bayaran bil dan invois dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.